Monday, 29 September 2014

I don't always drink strong coffee but when I do..

its because last night....


Because last night I was reading The Unsung Hero by Melur Jelita till almost 2 am.

It was my second night reading this book. I usually finish a book within 24 hours. That's a 500 pages book. Yet this one is 1000++ pages. Hence my target of completion was last night. But this book is too 'full' with new knowledge and stuffs, I am taking my time to digest all these stuffs. Not that its hard but I don't to waste any of it.. Harus dihadam hingga ke titisan dakwat terakhir.

I only managed to read half of the book, yet I already have three 'kinds of feeling' from this book. 

Firstly, the feeling of being a young rebellious girl. The first part is full of nasihats and I can hear parents and elders berleter, membebel and berkunyanyang. Which makes me longs for my parents' ceramahs and syarahans to my younger self. Sesungguhnya ia membuatkan aku merindui zaman sering diberi syarahan oleh mama dan babahku. Aku rindu mereka. Andai masa diulang, aku takkan kisah dibebel sebegitu rupa.  Being a grown up sucks! But life goes on.. So move on okay!

Secondly, this part is so sad. I almost cried. Its only a few chapters but it was so powerful. Maybe because I didn't expect it to happen early though I kinda know it would happen because I saw someone wrote a spoiler. But yes, that feeling I had when reading these chapters sangat berlainan dan I kinda miss my parents and siblings even more. Semoga Allah merahmati dan memelihara mereka.. Amin ya Rabb.

Thirdly, after the reminiscence and sadness, the writer made me laughed. Though my imagination of Haziq won't fit to what had been described in the book, I still want to imagine him as Bobo. Because Bobo is so cute and Haziq too. That's the beauty of of reading right? Free flow of imagination. Unlimited! 

Bobo. snipped from google image search.

So I managed to write several paragraphs on the book I haven't even finish yet. That's a sign that this book will be listed as one of my favourite books. And actually I am having fun reading it.

Please fast forward to 10 pm or at least lunch time. I want to continue reading Abang Wan, Yam and Haziq.

Aa

Friday, 26 September 2014

Today.

Today..

I just discovered that Jemari Seni now allowed customer outside Malaysia to purchase their books using Paypal. I am excited.

I am going to buy all Syud's books available though I already have all them from e-sentral.

Today..

I was being productive at work. 

Today..

I am going to beads shop to get lace for my baju kurung.

Today..

I must go to choice to get new book from Melur Jelita.

Today..

will be awesome as always.

Today is Saturday.

Aa

Dia.. Dalam Ramai

Finished reading it for the third time. 

Saturday, 20 September 2014

What's For Midnight Snack?

Because I have no excuse to not have keropok lekor at midnight. All hail king airfryer!!


Wednesday, 17 September 2014

Book Review: Wahai Kau Cinta…

Sekali lagi aku ingin membuat ulasan tentang buku tulisan Aina Emir, kali ini Wahai Kau Cinta.



image source


Wahai Kau Cinta mengisahkan tentang Khalisa, janda beranak satu yang terpaksa berdepan dengan berbagai bagai kesusahan demi mencari rezeki bagi membesarkan anaknya, Naushad. Khalisa yang dibayangkan cantik ini menjadi kegilaan anak majikannya Eshan dan Kaysan. Hal ini menjadi beban kepadanya apabila dirinya terpaksa berdepan dengan perebutan adik beradik berdua ini. Hal itu menjadi gosip di pejabatnya dan menarik perhatian Datin Muna, ibu kepada Eshan dan Kaysan. Apabila keadaan meruncing, Khalisa terpaksa berhenti kerja bagi menyelamatkan dirinya.

Dari awal cerita, pada masa yang sama, Khalisa sering disogok oleh tayta dan jiddo nya dengan beberapa orang Syed buat dijadikan teman hidup. Disenaraipendekkan, dua orang Syed yang berhubungan dengannya adalah Syed Khalil dan Muel. Syed Khalil bukanlah kegemarannya dan Muel pula seakan seorang yang menyembunyikan rangka di dalam almari.

Dalam pergolakan ini, akhirnya Khalisa bernikah dengan Muel. Hidup berumahtangga dengan Muel mendatangkan kebahagiaan kepadanya. Namun disebalik kebahagian, ada saja permasalahan seperti khabar angin atau ‘cucuk menyucuk’ dari kakak iparnya. Selain daripada itu, Datin Muna menyalahkan Khalisa atas apa yang terjadi ke atas anaknya Kaysan. Khalisa juga terpaksa berdepan dengan sikap suaminya yang ‘pelik’.

Seperti buku buku tulisan Aina Emir yang lain, Wahai Kau Cinta juga sarat dengan bermacam macam gambaran realiti. Realiti yang digambarkan adalah dari sikap masyarakat yang gemar membuat kesimpulan berdasarkan khabar angin tanpa mengetahui kisah sebenar. Selain itu juga memaparkan persepsi masyarakat terhadap gejala ‘janda’ dan ‘ibu tunggal’.

Jujur, buku ini bukan karya kegemaranku daripada penulis Aina Emir. Entah mengapa, mungkin aku mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi terhadap penulis ini. Di buku buku yang pernah ku baca, aku sering terpukau dengan kekuatan hero dan heroinnya menghadapi dugaan hidup. Tapi bagiku Khalisa adalah seorang wanita yang terlalu lemah. Mungkin kerana beliau terlalu merendah diri dengan status jandanya lalu kehilangan keyakinan diri. Begitu juga Muel, seorang yang taat beragama dan sentiasa belajar tapi sangat lemah menepis fobianya. Dia jua seperti sangat pasif.

Yalah, sekali sekala patutlah ada kelainan pada watak watak cerita ini, tak semualah nak kuat dan hebat. Antara aku dan Wahai Kau Cinta amatlah lemah ‘connection’ nya. Selalunya, jika tidak ‘memuja’ watak hero atau heroin, aku pasti akan mencari watak lain yang memberi kekuatan kepada sesebuah cerita itu tapi tidak Wahai Kau Cinta, tidak jiddo atau tayta Khalisa atau tidak siapa siapalah. Mungkin aku terlalu biasa disuap dengan watak yang ummpp jadi aku gagal untuk melihat sebarang keistimewaan pada watak watak di Wahai Kau Cinta.


Selain daripada itu, aku rasa buku ini bergerak pada kadar yang perlahan dan tidak memberi keseronokan kepadaku ketika membacanya. Bagiku, setiap buku Aina Emir yang pernah kubaca, aku seperti menonton drama/filem di televisyen.

Selalunya, Aina Emir juga bijak menyembunyikan 'twist' ceritanya tapi tidak yang ini. Aku seakan menganggak siapa Muel sebenarnya. Tapi tidak semua kejutan dapan ku teka, aku tidak pernah terfikirkan pun yang Khalisa mempunya isu yang sama seperti Muel.

Sebenarnya banyak pengajaran dari Wahai Kau Cinta, namun isu isu yang dibincangkan kurang 'dear' dihatiku jadi aku seakan menganggap bacaan ini seperti bacaan yang lain. Sebenarnya aku kecewa kenapa kifarah kurang dibincangkan di dalam buku ini. Tidak mustahil sebenarnya ada tapi mungkin aku sudah lupa atau kurang mengambil perhatian.

Walau apapun, aku akan terus membaca karya Aina Emir and I already have Terbanglah Sayang by my bedside for tonight's reading session. That's how much I heart you Aina Emir.

xo

Aa.

Tuesday, 16 September 2014

Book & Dessert

While husband putting little one to sleep...

I am reading while attempting to put on more weight.



Wednesday, 10 September 2014

Book Review: Pukul 3.00 Pagi

Mungkin aku agak ketinggalan dalam pembacaan novel novel melayu. Mungkin juga Pukul 3.00 Pagi sudah diterbitkan lama dahulu. Tetapi tidak kisahlah, aku masih juga ingin mengulas tentang buku tulisan Aina Emir selaku penulis yang sudah mula mengambil sedikit ruang di hatiku.



Pukul 3.00 Pagi mengisahkan tentang Dania dan kehidupannya yang sentiasa berwarna warni dengan bermacam-macam masalah. Dania yang berusia 25 tahun datang dari keluarga yang berpecah belah, tidak diperdulikan ibu dan ayahnya dan diabaikan oleh adik adik beradiknya yang semua perempuan. Dania juga pernah kecewa dalam percintaan serta kehilangan adiknya yang paling disayangi akibat leukemia. Selain daripada melalui ujian ujian yang tersedia ada ini, Dania juga 'terpaksa' berkahwin dengan suami orang dan dituduh sebagai perampas.

Wow! Sungguh dramatik. Selalunya aku hanya akan cakap, mehhh.. boring... luan drama jua eh!! *baling buku ke bawah meja*

Tetapi tidak kepada karya karya Aina Emir termasuk Pukul 3.00 Pagi ini.


1. Di dalam karya Aina Emir, jangan fokus kepada permasalahan atau drama drama yang dihidangkan TETAPI fokus kepada KARAKTER - KARAKTER yang memberi aku inspirasi. Sesungguhnya kebolehan penulis ini menonjolkan kekuatan karakternya melebihi drama drama yang menyakitkan hati amat ku kagumi. Sungguh. Di dalam cerita ini ada watak:

    • Dania Hayat - Seorang wanita yang kuat, baik, lemah lembut dan tidak pernah gagal untuk memberi yang terbaik kepada orang orang yang disayanginya.

    • Rihana - Seorang adik yang sentiasa menjadi penyokong dalam segala yang kakaknya lakukan. Walaupun berada di ambang maut, wanita ini tetap cekal dan sabar.

    • Anas Zuhayr - Hero yang sentiasa ada untuk Dania. Sweet. Suami orang (hakikat yang amat menyakitkan hatiku). Suami yang cemburu tapi tidak melenting apabila isteri isterinya 'menyakitkan' hatinya.
    • Danish - Seorang yang setia pada cinta.

2. Cerita ini memberikan inspirasi kepada wanita wanita berkerjaya seperti aku. Ya, wanita memainkan banyak peranan kepada masyarakat dewasa ini. Wanita yang sepatutnya duduk di rumah menjaga keperluan suami dan mendidik anak anak kini keluar ke dunia profesional untuk mencari harta material bagi membantu suami mereka. Ini memperlihatkan kebolehan wanita untuk bekerja di mana saja. Pernahkah anda mempertikaikan kebolehan wanita? Wanita tidak boleh buat kerja lelaki. Wanita yang bekerja tidak pandai mengurus rumah. Wanita yang bekerja terlalu bergantung kepada pembantu rumah. 

Tetapi berapa orang yang sedar, sebenarnya wanita bekerja 'double shift'? Ya, siang sebagai profesional dan malam sebagai suri rumahtangga. Sering lelaki akan menjawap, kerja rumah adalah urusan wanita, kami sudah letih membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi untuk keluar, Dude, tahukah kamu, penyataan di atas adalah tidak releven lagi zaman ini. Walaupun kadang kadang dibantu oleh pembantu rumah, bukan kah itu kewajipan suami untuk menyediakan pembantu rumah.. Entah entah pembantu rumah pun dibayar menggunakan gaji isteri.

source


Di dalam cerita ini juga ada meperlihatkan kedayusan suami iaitu Zamir yang mengerah Azura untuk mendapatkan wang bagi membiaya kemewahan dan tabiat berjudinya. Sungguh, ini adalah sesuatu yang terjadi di dunia sebenar. Kadang  kadang kesilapan ini juga terbit dari keinginan wanita yang ingin 'equality' dalam segala hal. Dalam erti kata lain mengambil idea dari 'feminism'. Seorang penulis pernah menulis, feminisme tidak banyak membantu wanita sebenarnya tapi ia hanya membuat kaum lelaki semakin malas. Aku setuju. Begitulah keindahan Islam yang meletakan wanita sebagai rusuk kiri lelaki, untuk di lindungi dan bukan diperhambakan, Walaupun 'kelihatan' peranan wanita itu kecil, tetapi tidak semua kebolehan wanita dapat ditandingi lelaki walaupun wanita sudah 'setaraf' dengan lelaki. Ya, itulah hikmah kekurangan. Kekurangan adalah untuk dilengkapi. Kerana itulah manusia, baik lelaki atau perempuan saling memerlukan.

3. Selain itu, aku tertarik dengan 'kasih sayang' yang ditunjukkan Sabrina kepada Dania. Kasih sayang seorang kakak kepada adik yang bersikap amat melindungi. Sabrina, diabaikan suaminya kerana tidak mampu melahirkan zuriat dan semua lelaki distereotaip dengan mempunyai sifat yang sama. Sabrina seorang yang kritikal dalam hal hal poligami sering di sangka buruk dalam keluarganya. Padahal apabila kita dalami watak ini, Sabrina hanyalah ingin melindungi Dania. Dari kritikannya sebenarnya adalah 'tough love' untuk adiknya bukan sekadar saja saja. Aku juga terharu apabila Sabrina mempertahankan kedudukan Dania sebagai isteri Anas walaupun pada awalnya beliau kelihatan amat menentang jodoh adiknya.

4. Aku suka dengan idea air dicincang takkan putus di dalam cerita ini. Tentang Azura dan adik beradik perempuan yang lain. Aku juga sedar, di sebalik tangunggjawab kepada suami amatlah penting berbaik dengan adik beradik. Apabila kesusahan adik beradiklah yang akan menjadi tulang belakang kita.

5. Cerita ini juga penuh dengan isu kekeluargaan yang mungkin bagi kita perkara yang kecil dan tidak penting tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada institusi kekeluargaan. Satu contoh yang saya dapat ambil di sini adalah pengaruh ibu bapa kepada perkakwinan anak anak mereka. Seperti dalam babak semasa Dania dikonfrontasi oleh keluarga mentua dan madunya. Sungguh memalukan apabila ibubapa yang beria menyuruh anak anak mereka membuat keputusan sedangkan suami dan isteri belum lagi berbincang dan memcapai kata sepakat. Aku akui, ibubapa masih sangat mengambil berat terhadap anak perempuan mereka walaupun sudah berkahwin. Juga harus disedari hak suami dalam membuat keputusan di dalam hidup berumahtangga. Sebagai ibubapa jadilah penasihat yang baik dan adil tetapi bukan sibuk hendak menjaga muka sahaja. Menyedihkan akan sikap orangtua seperti ini sebenarnya.

6. Cerita ini juga sarat dengan pengajaran tentang qada dan qadar. Kadang kadang kita manusia sering menidakan takdir walhal itulah yang kita pinta atau ingin Tuhan tunjukkan. Aku suka apabila Dania akhirnya setuju membuka hatinya kepada Anas setelah bernohon dan berdoa kepada Allah.

7. Ia juga banyak mengupas isu isu yang wanita kurang ingini seperti poligami dan apa harus dibuat selepas ditinggalkan suami. Haruskah kita hanyut atau redha? Alhamdulillah, walaupun aku kurang familiar dengan isu isu sebegini, novel ini sedikit sebanyak membuang ruang untukku memahami dan mendalami serba sedikit.

Sebenarnya ada banyak lagi kenapa aku suka tentang buku ini. Tetapi aku malas untuk menulis lebih panjang apatah lagi sebenarnya aku tidak merancang pun untuk menulis ulasan ini. Lebih lebih lagi aku ini bukanlah seorang yang berilmu untuk membuat ulasan tentang isi isi di novel ini.

Buku ini sesuai dibaca bagi pengisian, aku juga galakan buku ini dibaca oleh kaum lelaki/suami agar mereka lebih memahami isi hati, ketakutan dan kekuatan wanita. Tahniah dan terima kasih buat Aina Emir untuk naskah yang 'berisi' ini.




Aa

Sunday, 7 September 2014

A Syud's a Day Keep You Up All Night Long

My current collection of Syud's books (plus 1 physical copy on my bedside)

I discovered Syud when I was searching for a book of one writer. They said, she wrote nice piece of love stories. I hesitated to read her writing at first, because I can't really find her books in Brunei. I meant never found her book here. I thought of ordering online yet I wasn't sure as I am not familiar with her. I didn't even get to read any of her writing from her blog for a start (I didn't know she/he has a blog).

But one fine day, on a Saturday, after a movie date, I felt like going to the bookstore. So I dragged my husband with my usual I-won't-buy-anything-I-promise pledge. I knew he rolled his eyes before he went straight to the motivation books section. But really it was I-didn't-plan-to-buy-book kinda day and that was when I saw Syud's Tentang... Dhiya. 

So I picked it up.

Put it down.

Picked it up again.

Put it down again.

Picked it up and went straight to the payment counter. HAHA. You know, when things like this happened, I never blamed myself for not resisting the urge. Try accepting it as fate. That God wants you to read a brilliant piece and be grateful for that.

So, I started to read Tentang... Dhiya that very night. It was light. Just like ordinary novel. Nothing special yet I felt something when I read the story. I didn't realise what it was though. So I just leave it like that. But to my surprise it cure my book hangover. Then, I tried to search online if Syud has another book. Yes. She does. I even found her blog. So I started reading on Baju Melayu Hijau Serindi. Again nothing special. But I felt I need to get the whole book (at least epub version). So I started hunting on MPHOnline only to find out her books are out of stock but Google being a bestfriend as usual pointed out that there's hope somewhere and finally I found them in e-sentral!

The books are much cheaper in e-sentral that I started with purchasing Baju Melayu Hijau Serindit, followed by Untukmu Teja Aulia. Honestly, I felt whole after I read these books. Still nothing special. Then I started buying Syud's mini novels and each one of these really make me see what I never see in life. Syud's pieces are everything. From the stories, I gained and mostly refresh my perspective on life, love relationship and family relationship. It was just awesome to actually read about these in ordinary love stories.

Secondly, most of Syud's stories are set in Johore. A place where my friendship with my uni friends bloomed. A place where we started our memorable journey. A place where we did 'stupid' things and that became our laughing stock whenever we meet and reminisce our good times. Times when we were young and carefree. Well, mainly bacause Johore is so dear in my heart that I can imagine scenes from the books.

I think all Syud's characters in her stories are related to each other. Mainly because most of them originated or study or work in Johore. This kind of relatable to our life in Brunei, in the context of small world or as a friend once said, Brunei ani damit.. bepusing pusing ahirnya betamu jua.. 

Though this may not important yet small things like this make me realised on my reality and what really happens in my life.

Thirdly, Syud's writing is like listening to real person talking or telling you something. Simple everyday incidents like meeting a hot guy, guys smiling at you or stalking your crush and whatnot. It feels so real. So lively. I've been busy with work and family. So do my friends. So meeting and talking about stuffs are not always possible. Therefore these stories is kinda fix of something I don't even know. Maybe its escapism. I can't make it up yet.

They say, everything happens for a reason. I think Syud is the catalyst to the start of my beautiful relationship with e-sentral. I've used e-sentral months ago but I never liked it because its kind of slow and annoying. To me it was not user friendly. But true to Malay's idiom, tak kenal maka tak cinta. After spending lots of night with e-sentral I found out it was easy to use and most importantly it sells lots of books that are not available in Brunei. Plus, the e-sentral's customer service is so awesome that they provide prompt assistance to you when you need them. I will be writing review on e-sentral soon. Insyaallah if I am not too absorb with readings.

Anyways, I maybe  behind with Syud's books. But I am glad to have read hers/his. 

Till then.

Aa.



Monday, 1 September 2014

Book Review: Aku, Dia dan Pinky Promise





Pada suatu hari, di pejabat, aku mencuri beberapa ketika untuk 'blogwalking' ke beberapa blog penulis novel Malaysia. Aku terhenti di blog Anna Lee di entri Aku, Dia dan Pinky Promise (ADDPP). Aku bukanlah peminat Anna Lee selepas membaca salah satu dari novel beliau. Tetapi apabila aku terbaca beberapa bab dari ADDPP aku jadi teruja yang melampau. Terus aku menempah novel ini dari MPHOnline. Buku ini habis aku baca dari pukul 10 malam hingga 6 pagi. Mujur di hujung minggu. Selang sehari, aku baca kembali buku ini dan aku tidak pernah bosan. Aku sangat suka novel ini kerana...

1. ADDPP bukanlah cerita yang mengetengahkan isu perkahwinan paksa yang mana amat sinonim dengan novel melayu zaman sekarang. 

2. Mengisahkan tentang percintaan di zaman persekolahan yang cukup membuatkan aku ingin kembali ke zaman tersebut. Bukan sahaja tentang percintaan, ingatkah pada waktu sekolah menengah kami tidak mempunya telefon bimbit. Aku rindu saat itu. Seperti kami tidak mempunyai 'trust issue'. Apabila berjanji, jumpa karang pukul 2 di kantin pasti janji itu ditepati. Bukan seperti sekarang, apabila sahaja kawan lambat 5 minit pasti kami sms, dimana kau masani? jadi? 'budaya' menunggu itu sudah hilang atau sorry, aku akhir. Cuma text whatsapp saja pengganti diriAku juga suka tentang aktiviti lepak Siti Saleha, Hanim dan Lina dimana mereka membincangkan perkara perkara kosong yang tidak bermanfaat. haha trust me, aku sungguh rindu waktu itu.. tidak seperti zaman sekarang yang cerita kita hanya akan didengar setangah hati kerana masing masing sibuk dengan telefon masing masing! oh well..

3. Sekali baca, cerita ini seperti punyai unsur 'magic' sekaligus misteri yang membuatkan aku tidak senang hati untuk mengetahui pengakhiran kisah cinta Siti Saleha dan Azri. Oh kenapa 'magic'? Siti Saleha dikembalikan ke zaman persekolah bagi membetulkan 'kesilapannya' dalam hidup. Aku suka bila adanya unsur begini, apatah lagi ia seakan beberapa novel inggeris 'chick-lit' yang pernah ku baca yang tidak pernah mengecewakan aku. Entahlah, aku pun tidak faham dengan apa yang sebenarnya ingin ku nyatakan di sini.

4. Watak watak dalam novel ini juga tidak mengecewakan. Watak Azri banyak membuatkan aku terharu. Siti Saleha aku suka. Begitu juga watak pembantu seperti Cikgu Hazam, Suffian, Amirul dan Ayah Siti Saleha. Sesungguhnya semua watak yang dihidangkan memberi kesan di dalam hatiku, terutama watak Azri.

5. Apa yang diketengahkan dalam novel ini juga 'relatable' maaf, aku tidak tahu apa 'relatable' dalam bahasa melayu. Tapi, ya.. Watak Siti Saleha. Berapa orang diantara kita menyesali tindakan dan pilihan kita di zaman persekolahan? Aku pernah tergolong dalam golongan orang menyesal. Tapi aku cepat cepat disedarkan, di sebalik kesilapan itu ada satu (atau mungkin banyak) HIKMAHnya. Inilah antara pengajaran yang ku dapati dari novel ini. Dan sesungguhnya mensyukuri takdir atau perancangan Allah itu ada salah satu rahmat dari NYA untuk kita terus nikmati dan rasa kesyukuran itu yang membuatkan kita gembira dan puas dalam segala hal.




6. Aku menangis membaca kisah Azri dan Siti Saleha. Aku bukanlah seorang yang mudah menangis apatah lagi pada kisah cinta. Pasti aku menjuih bibir berkata dalam hati, duh~ Tapi aku menangis. Kalau tidak menangis mataku sentiasa saja terasa hangat apabila airmata memaksa untuk keluar. Begitu hebat kisah cinta ini mampu melembutkan hatiku.

7. Aku suka dialog yang digunakan antara Azri dan Saleha. Kau dan Aku. Seperti, kau dah makan? kau tu tak sihat.. Walaupun adalah 'part' bulan dan bintang yang jiwa jiwa tapi kemanisan percintaan mereka tidak menjengkelkan. Aku kurang pasti apa yang panggilan untuk boyfriend yang kami gunakan pada zaman persekolahan, tapi sekarang penggunaan you and me (atau you and I dalam novel ini) sangat berleluasa. Nahh, i don't have problem with that tapi entah lah kau dan aku seperti sesuatu yang segar apabila dalam pembacaan.

8. Azri, Azri dan Azri. Romantik, manis, pelindung dan manja. Awwww...


Inginku simpulkan, ADDPP sangat memenuhi jangkaan. Namun aku kurang puas dalam beberapa perkara seperti:

1. Watak Azri setelah menjadi Ray. Kenapa Ray? Mungkin penulis ingin membuat pembaca tertanya tanya tentang hubungan Azri dan Ray. Tapi aku seperti dapat mengagak yang Ray ada Azri. Entahlah, aku pun kurang pasti dengan ketidakpuasanhatiku ini. Mungkin aku masih terbayang watak Khalif (terukir bintang) dari seorang hero yang 'memorable' secara beransur ansur menjadi 'soft' dan kurang menyengat personaliti. Begitulah yang kurasakan tentang Azri setelah beliau menjadi Ray.

2. Kubur Azri. Benarkah Siti Saleha dan Mak Limah menziarahi kubur Azri? dan itu bagi Siti Saleha sebagai penutup kepada kisah cintanya bersama Azri. Tapi Azri tidak mati, jadi kubur siapakah yang diziarahinya?

3. Daniel.  Watak ini seakan akan bayang bayang kepadaku. Tapi aku juga tidak puas hati tentang alasan Siti Saleha menangis, iaitu Daniel pernah membuat hubungan songsang. Mungkin aku dapat terima andai cerita tentang ini tidak dibuat dalam terburu buru.

4. Aku ingin tahu apa yang terjadi dalam tempoh setahun Siti Saleha sebelum dia kehilangan ingatan buat kali kedua.

Baiklah, cons kepada ADDPP kebanyakannya terlahir dari isu aku yang tidak puas hati dalam beberapa perkara. ADDPP tetap satu novel yang bagus. Jika ada sepuluh bintang, aku bagi ADDPP sebelas bintang. Aku juga gembira setelah menemui 'fan page' Anna Lee di Facebook dan terbaca di salah satu komen, akan ada jawapan bagi beberapa persoalan di dalam Kisah Azri. Aku sungguh gembira untuk 'menemui' Azri sekali lagi.

Seandainya si penulis terbaca tulisanku ini aku ingin ucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada beliau. Semoga beliau terus berjaya dalam bidang tulisan. Dan semoga pembaca seperti aku yang kurang bersyukur akan terus melihat kebaikan/nasihat yang ingin disampaikan dalam sesebuah novel itu.

Till then.

Aa