Wednesday, 17 September 2014

Book Review: Wahai Kau Cinta…

Sekali lagi aku ingin membuat ulasan tentang buku tulisan Aina Emir, kali ini Wahai Kau Cinta.



image source


Wahai Kau Cinta mengisahkan tentang Khalisa, janda beranak satu yang terpaksa berdepan dengan berbagai bagai kesusahan demi mencari rezeki bagi membesarkan anaknya, Naushad. Khalisa yang dibayangkan cantik ini menjadi kegilaan anak majikannya Eshan dan Kaysan. Hal ini menjadi beban kepadanya apabila dirinya terpaksa berdepan dengan perebutan adik beradik berdua ini. Hal itu menjadi gosip di pejabatnya dan menarik perhatian Datin Muna, ibu kepada Eshan dan Kaysan. Apabila keadaan meruncing, Khalisa terpaksa berhenti kerja bagi menyelamatkan dirinya.

Dari awal cerita, pada masa yang sama, Khalisa sering disogok oleh tayta dan jiddo nya dengan beberapa orang Syed buat dijadikan teman hidup. Disenaraipendekkan, dua orang Syed yang berhubungan dengannya adalah Syed Khalil dan Muel. Syed Khalil bukanlah kegemarannya dan Muel pula seakan seorang yang menyembunyikan rangka di dalam almari.

Dalam pergolakan ini, akhirnya Khalisa bernikah dengan Muel. Hidup berumahtangga dengan Muel mendatangkan kebahagiaan kepadanya. Namun disebalik kebahagian, ada saja permasalahan seperti khabar angin atau ‘cucuk menyucuk’ dari kakak iparnya. Selain daripada itu, Datin Muna menyalahkan Khalisa atas apa yang terjadi ke atas anaknya Kaysan. Khalisa juga terpaksa berdepan dengan sikap suaminya yang ‘pelik’.

Seperti buku buku tulisan Aina Emir yang lain, Wahai Kau Cinta juga sarat dengan bermacam macam gambaran realiti. Realiti yang digambarkan adalah dari sikap masyarakat yang gemar membuat kesimpulan berdasarkan khabar angin tanpa mengetahui kisah sebenar. Selain itu juga memaparkan persepsi masyarakat terhadap gejala ‘janda’ dan ‘ibu tunggal’.

Jujur, buku ini bukan karya kegemaranku daripada penulis Aina Emir. Entah mengapa, mungkin aku mempunyai jangkaan yang terlalu tinggi terhadap penulis ini. Di buku buku yang pernah ku baca, aku sering terpukau dengan kekuatan hero dan heroinnya menghadapi dugaan hidup. Tapi bagiku Khalisa adalah seorang wanita yang terlalu lemah. Mungkin kerana beliau terlalu merendah diri dengan status jandanya lalu kehilangan keyakinan diri. Begitu juga Muel, seorang yang taat beragama dan sentiasa belajar tapi sangat lemah menepis fobianya. Dia jua seperti sangat pasif.

Yalah, sekali sekala patutlah ada kelainan pada watak watak cerita ini, tak semualah nak kuat dan hebat. Antara aku dan Wahai Kau Cinta amatlah lemah ‘connection’ nya. Selalunya, jika tidak ‘memuja’ watak hero atau heroin, aku pasti akan mencari watak lain yang memberi kekuatan kepada sesebuah cerita itu tapi tidak Wahai Kau Cinta, tidak jiddo atau tayta Khalisa atau tidak siapa siapalah. Mungkin aku terlalu biasa disuap dengan watak yang ummpp jadi aku gagal untuk melihat sebarang keistimewaan pada watak watak di Wahai Kau Cinta.


Selain daripada itu, aku rasa buku ini bergerak pada kadar yang perlahan dan tidak memberi keseronokan kepadaku ketika membacanya. Bagiku, setiap buku Aina Emir yang pernah kubaca, aku seperti menonton drama/filem di televisyen.

Selalunya, Aina Emir juga bijak menyembunyikan 'twist' ceritanya tapi tidak yang ini. Aku seakan menganggak siapa Muel sebenarnya. Tapi tidak semua kejutan dapan ku teka, aku tidak pernah terfikirkan pun yang Khalisa mempunya isu yang sama seperti Muel.

Sebenarnya banyak pengajaran dari Wahai Kau Cinta, namun isu isu yang dibincangkan kurang 'dear' dihatiku jadi aku seakan menganggap bacaan ini seperti bacaan yang lain. Sebenarnya aku kecewa kenapa kifarah kurang dibincangkan di dalam buku ini. Tidak mustahil sebenarnya ada tapi mungkin aku sudah lupa atau kurang mengambil perhatian.

Walau apapun, aku akan terus membaca karya Aina Emir and I already have Terbanglah Sayang by my bedside for tonight's reading session. That's how much I heart you Aina Emir.

xo

Aa.

No comments:

Post a Comment