Wednesday, 10 September 2014

Book Review: Pukul 3.00 Pagi

Mungkin aku agak ketinggalan dalam pembacaan novel novel melayu. Mungkin juga Pukul 3.00 Pagi sudah diterbitkan lama dahulu. Tetapi tidak kisahlah, aku masih juga ingin mengulas tentang buku tulisan Aina Emir selaku penulis yang sudah mula mengambil sedikit ruang di hatiku.



Pukul 3.00 Pagi mengisahkan tentang Dania dan kehidupannya yang sentiasa berwarna warni dengan bermacam-macam masalah. Dania yang berusia 25 tahun datang dari keluarga yang berpecah belah, tidak diperdulikan ibu dan ayahnya dan diabaikan oleh adik adik beradiknya yang semua perempuan. Dania juga pernah kecewa dalam percintaan serta kehilangan adiknya yang paling disayangi akibat leukemia. Selain daripada melalui ujian ujian yang tersedia ada ini, Dania juga 'terpaksa' berkahwin dengan suami orang dan dituduh sebagai perampas.

Wow! Sungguh dramatik. Selalunya aku hanya akan cakap, mehhh.. boring... luan drama jua eh!! *baling buku ke bawah meja*

Tetapi tidak kepada karya karya Aina Emir termasuk Pukul 3.00 Pagi ini.


1. Di dalam karya Aina Emir, jangan fokus kepada permasalahan atau drama drama yang dihidangkan TETAPI fokus kepada KARAKTER - KARAKTER yang memberi aku inspirasi. Sesungguhnya kebolehan penulis ini menonjolkan kekuatan karakternya melebihi drama drama yang menyakitkan hati amat ku kagumi. Sungguh. Di dalam cerita ini ada watak:

    • Dania Hayat - Seorang wanita yang kuat, baik, lemah lembut dan tidak pernah gagal untuk memberi yang terbaik kepada orang orang yang disayanginya.

    • Rihana - Seorang adik yang sentiasa menjadi penyokong dalam segala yang kakaknya lakukan. Walaupun berada di ambang maut, wanita ini tetap cekal dan sabar.

    • Anas Zuhayr - Hero yang sentiasa ada untuk Dania. Sweet. Suami orang (hakikat yang amat menyakitkan hatiku). Suami yang cemburu tapi tidak melenting apabila isteri isterinya 'menyakitkan' hatinya.
    • Danish - Seorang yang setia pada cinta.

2. Cerita ini memberikan inspirasi kepada wanita wanita berkerjaya seperti aku. Ya, wanita memainkan banyak peranan kepada masyarakat dewasa ini. Wanita yang sepatutnya duduk di rumah menjaga keperluan suami dan mendidik anak anak kini keluar ke dunia profesional untuk mencari harta material bagi membantu suami mereka. Ini memperlihatkan kebolehan wanita untuk bekerja di mana saja. Pernahkah anda mempertikaikan kebolehan wanita? Wanita tidak boleh buat kerja lelaki. Wanita yang bekerja tidak pandai mengurus rumah. Wanita yang bekerja terlalu bergantung kepada pembantu rumah. 

Tetapi berapa orang yang sedar, sebenarnya wanita bekerja 'double shift'? Ya, siang sebagai profesional dan malam sebagai suri rumahtangga. Sering lelaki akan menjawap, kerja rumah adalah urusan wanita, kami sudah letih membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi untuk keluar, Dude, tahukah kamu, penyataan di atas adalah tidak releven lagi zaman ini. Walaupun kadang kadang dibantu oleh pembantu rumah, bukan kah itu kewajipan suami untuk menyediakan pembantu rumah.. Entah entah pembantu rumah pun dibayar menggunakan gaji isteri.

source


Di dalam cerita ini juga ada meperlihatkan kedayusan suami iaitu Zamir yang mengerah Azura untuk mendapatkan wang bagi membiaya kemewahan dan tabiat berjudinya. Sungguh, ini adalah sesuatu yang terjadi di dunia sebenar. Kadang  kadang kesilapan ini juga terbit dari keinginan wanita yang ingin 'equality' dalam segala hal. Dalam erti kata lain mengambil idea dari 'feminism'. Seorang penulis pernah menulis, feminisme tidak banyak membantu wanita sebenarnya tapi ia hanya membuat kaum lelaki semakin malas. Aku setuju. Begitulah keindahan Islam yang meletakan wanita sebagai rusuk kiri lelaki, untuk di lindungi dan bukan diperhambakan, Walaupun 'kelihatan' peranan wanita itu kecil, tetapi tidak semua kebolehan wanita dapat ditandingi lelaki walaupun wanita sudah 'setaraf' dengan lelaki. Ya, itulah hikmah kekurangan. Kekurangan adalah untuk dilengkapi. Kerana itulah manusia, baik lelaki atau perempuan saling memerlukan.

3. Selain itu, aku tertarik dengan 'kasih sayang' yang ditunjukkan Sabrina kepada Dania. Kasih sayang seorang kakak kepada adik yang bersikap amat melindungi. Sabrina, diabaikan suaminya kerana tidak mampu melahirkan zuriat dan semua lelaki distereotaip dengan mempunyai sifat yang sama. Sabrina seorang yang kritikal dalam hal hal poligami sering di sangka buruk dalam keluarganya. Padahal apabila kita dalami watak ini, Sabrina hanyalah ingin melindungi Dania. Dari kritikannya sebenarnya adalah 'tough love' untuk adiknya bukan sekadar saja saja. Aku juga terharu apabila Sabrina mempertahankan kedudukan Dania sebagai isteri Anas walaupun pada awalnya beliau kelihatan amat menentang jodoh adiknya.

4. Aku suka dengan idea air dicincang takkan putus di dalam cerita ini. Tentang Azura dan adik beradik perempuan yang lain. Aku juga sedar, di sebalik tangunggjawab kepada suami amatlah penting berbaik dengan adik beradik. Apabila kesusahan adik beradiklah yang akan menjadi tulang belakang kita.

5. Cerita ini juga penuh dengan isu kekeluargaan yang mungkin bagi kita perkara yang kecil dan tidak penting tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada institusi kekeluargaan. Satu contoh yang saya dapat ambil di sini adalah pengaruh ibu bapa kepada perkakwinan anak anak mereka. Seperti dalam babak semasa Dania dikonfrontasi oleh keluarga mentua dan madunya. Sungguh memalukan apabila ibubapa yang beria menyuruh anak anak mereka membuat keputusan sedangkan suami dan isteri belum lagi berbincang dan memcapai kata sepakat. Aku akui, ibubapa masih sangat mengambil berat terhadap anak perempuan mereka walaupun sudah berkahwin. Juga harus disedari hak suami dalam membuat keputusan di dalam hidup berumahtangga. Sebagai ibubapa jadilah penasihat yang baik dan adil tetapi bukan sibuk hendak menjaga muka sahaja. Menyedihkan akan sikap orangtua seperti ini sebenarnya.

6. Cerita ini juga sarat dengan pengajaran tentang qada dan qadar. Kadang kadang kita manusia sering menidakan takdir walhal itulah yang kita pinta atau ingin Tuhan tunjukkan. Aku suka apabila Dania akhirnya setuju membuka hatinya kepada Anas setelah bernohon dan berdoa kepada Allah.

7. Ia juga banyak mengupas isu isu yang wanita kurang ingini seperti poligami dan apa harus dibuat selepas ditinggalkan suami. Haruskah kita hanyut atau redha? Alhamdulillah, walaupun aku kurang familiar dengan isu isu sebegini, novel ini sedikit sebanyak membuang ruang untukku memahami dan mendalami serba sedikit.

Sebenarnya ada banyak lagi kenapa aku suka tentang buku ini. Tetapi aku malas untuk menulis lebih panjang apatah lagi sebenarnya aku tidak merancang pun untuk menulis ulasan ini. Lebih lebih lagi aku ini bukanlah seorang yang berilmu untuk membuat ulasan tentang isi isi di novel ini.

Buku ini sesuai dibaca bagi pengisian, aku juga galakan buku ini dibaca oleh kaum lelaki/suami agar mereka lebih memahami isi hati, ketakutan dan kekuatan wanita. Tahniah dan terima kasih buat Aina Emir untuk naskah yang 'berisi' ini.




Aa

No comments:

Post a Comment