Wednesday, 1 October 2014

Angan Angan Ala Ala Fairy Tale

Aku tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan putera raja atau pontianak yang kacak seperti Edward Cullen atau lelaki yang tampan, kaya, romantik dan baik seperti watak di dalam novel. 

Aku bukanlah orang yang suka berangan angan akan kehidupan seakan akan kisah dongeng. Aku seorang yang realistik dari zaman remajaku. 

Tapi apabila tua tua begini kenapa aku sering berangan angan? Bukanlah berangan angan untuk kahwin dengan putera raja, Edward Cullen atau hero dalam novel. Tapi angan angan yang entah apa apa aku pun tidak pasti.

Mungkin sepatutnya aku tidak realistik dizaman mudaku. Mungkin aku sepatutnya banyak berangan angan dizaman mudaku. Mungkin aku sebenarnya rasa ketinggalan kerana tidak pernah berangan angan.

Tapi tidak berangan angan itu aku rasa normal. Banyak pun orang tidak berangan angan. Oh, tidak tahulah orang lain. Tapi orang disekelilingku adalah sangat realistik. Adalah seorang dua yang suka angan angan yang tidak tidak tapi lebih banyak yang realistik. 

Entahlah apa yang ku angan angankan dengan tulisan ini. Mungkin aku harus lebih bersyukur dan teruskan menjadi seorang yang realistik.

Bukan aku tidak pernah angan angan. Pernah. 

Tapi...

Lain kalilah.

Aku tidak pasti aku bercakap dari konteks apa di sini. Entah.

Sampai lain kali.

Aa

No comments:

Post a Comment