I dropped by Best Eastern couple days ago and saw this book. I was reluctant to buy it because I have books piling up in my room waiting to be read. But who am I to go against my impulsive behaviour right? I bought it and I have no regret staying up late just to read it. Here's my review on Selamat Malam Kekasih by Aina Emir (review is also posted in goodreads):
Ulasan Buku:
Alhamdulillah, buku ini aku habiskan dalam masa dua hari.
Aku suka cerita ini kerana ia banyak menyedarkan aku. Terutama sekali tentang pentingnya 1) nilai kekeluargaan berbanding dengan harta dan kemewahan,
2) pentingnya berusaha untuk mendapatkan sesuatu (dalam soal jodoh mahupun kesenangan hidup),
3) percaya mempercayai antara pasangan suami isteri dan
4) betapa redha dalam menerima takdir Allah itu akan memberi ketenangan dalam hati kita.
Walaupun tidak ditulis sepertimana novel melayu lain yang kebanyakannya (tidak semua) terlalu mencuba untuk menjadi novel islamik, Selamat Malam Kekasih mempunyai mesej yang sangat dalam dan bermanfaat.
Ini bukanlah novel yang pertama aku baca dari Aina Emir, jadi tidak keterlaluan jika aku katakan membaca buku ini seperti menonton drama di televisyen. Beliau mempunyai kebolehan dalam mengarap sebuah kisah cinta romantis tetapi dengan unsur unsur misteri. Seperti kisahnya Julia yg membuat aku tertanya tanya dengan siapakah Syukri berakhir atau kisah keluarga Arwah Farhan yang apabila terbongkar cukup mengejutkanku. Misteri yang dihidangkan penulis mungkin biasa biasa saja, namun tetap mengujakan.
Aku paling suka watak Maya. Kukira ini kali pertama aku jatuh cinta dengan watak heroin di dalam sesebuah novel (hehe). Aku suka kekuatan Maya dalam menempuhi dugaan hidupnya. Aku suka bila Maya sanggup 'melawan' papanya untuk kebahagiaan dirinya (mungkin bukan sesuatu yang harus dibanggakan seorang anak) namun ia akhirnya menyedarkan si bapa akan pentingnya kebahagiaan anak/ keluarga daripada harta yang dikejarnya. Aku juga suka apabila Maya, yang diawal cerita yang menjengkelkan aku kerana asyik meratapi nasibnya perlahan lahan menjadi wanita tabah dan sabar dalam membahagiakan si suami dan tidak pernah sekali mendesak si suami memilih antara dia dan ibunya. Kisah Maya jua membuka mataku untuk redha di setiap apa yang terjadi kerana dalam setiap keredhaan itu membuahkan ketenangan di dalam hati kita.
Selain dari watak utama di dalam cerita ini, Aina Emir juga berjaya dalam membuat setiap watak 'sampingan' di dalam cerita ini relevan dan berkesan dalam memperlihatkan realiti kehidupan orang orang melayu.
Pokoknya walaupun ia adalah cerita fiksyen tapi ia adalah fiksyen yang 'relatable' dan bukan semata mata rekaan cerita yang sedap dibaca.

Sinopsis
Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.
Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.
Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.
Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?
Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban.
Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?
Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?
Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.
p/s I don't understand why some paragraphs are being highlighted. sigh.
Till then
Aa
No comments:
Post a Comment